Friday, September 4, 2009

Diari Ramadhan 2

Hari ni masuk 2 minggu puasa. Genap 14 hari. Kali aku nak tulis pasal pengalaman bersahur pulak. Yang ini pun cerita pasal masa sekolah rendah jugak, tapi tak ingat tahun bila yang pasti masa ni tengah tahap 1.



Masa tu yang aku tahu, sahur ialah kena bangun awal-awal pagi untuk makan iaitu sebelum matahari terbit sebagai persediaan untuk sahur esoknye. Bila semua mak/abang aku kejut suruh bangun sahur, aku pun bangun walaupun aku adalah antara yang liat nak bangun pagi. Pagi tu aku tak ingat kami bersahur apa. Tapi yang pasti, ade satay lebihan berbuka semalam. Masa semua orang tengah bersahur aku tak berselera sangat. Jadi aku makan la makanan yang lain.



Lepas sahur, semua orang sambung tidur kecuali aku dan abah aku. Aku tak berapa ingat aku buat apa sampai aku tak nak sambung tidur. Tiba-tiba aku teragak satay semalam yang mak aku simpan dalam peti sejuk. Semua pun cerita pasal makanan bila bulan puasa ni. Waktu tu aku tak tau la pulak yang lepas imsak kita dah tak boleh makan, lepas azan subuh pun kita da tak boleh makan. Yang aku tahu, selagi matahari tak naik, selagi tu la aku boleh makan.



Jadi aku pun pergi la dekat dapur atau lebih tepat lagi dekat sinki, bukak tingkap…”owh gelap lagi, boleh makan lagi” aku kata dalam hati. Aku bukak peti sejuk amek 2 batang satay. Makan cepat-cepat lepas tu aku kumur-kumur sebab mana la tau kan , tiba-tiba matahari kuar plak. Lepas tu aku pun pergi la balik dekat depan, pusing-pusing satu hall tu lepas tu rasa nak makan lagi, aku pun pergi la dekat dapur, ulang langkah tadi. Sebab aku tengok dekat luar rumah masih gelap..huhuhu…



Sampai la satu tahap yang abah aku rasa pelik, kenapa aku asik pergi dapur sahaja. Abah tanya aku makan ker?. Aku pun kata la aku makan satay. Lepas tu abah aku kata mana boleh makan lagi, waktu sahur dah habis, “Tapi…macam dalam drama melayu tu dekat luar gelap lagi, belum siang, boleh makan kan ?” abah balas, “ mana boleh, lepas azan subuh dah tak boleh makan dah, pergi gosok gigi”.



Mana la aku nak tahu yang lepas azan subuh dah tak boleh makan dah. Tak ada sesiapa yang bagi tahu aku pun. Lepas tu baru la aku tahu bila dah imsak/masuk waktu subuh dah tak boleh makan lagi…



p/s: belajar melalui pengalaman..