Tuesday, August 18, 2009

Diari Ramadhan 1

Lagi 3 hari menjelang Ramadhan, itu pun kalau jatuh hari Sabtu ni. Insyaallah. Aku teringat masa aku baru-baru nak belajar puasa,kot. Sebenarnya baru nak blaja puasa waktu sekolah sebab aku selalu puasa time cuti jer.Mak aku kata, time cuti la nak prektis puasa. So ni kira up sikit satu level, puasa sambil pegi sekolah. Wah gitu!!. Abah aku sangat strict suruh aku ngan abang aku puasa. Pada masa tu aku cuma fikir, motif abah suruh aku ngan abang aku puasa sebab nak jimat duit belanja sekolah. Kalau aku ngan abang aku puasa, Tak payah la nak bagi duit belanja lagi. Betul tak?...huhuhu..

kejadian berlaku masa aku darjah satu masa tu tahun '94. Kebanyakan kawan-kawan aku masa tu tak puasa. Kata mereka, mereka masih kecil jadi tak perlu puasa. Ibu bapa mereka juga tidak memaksa mereka untuk berpuasa. Aku tak kisah la tu semua, tapi aku memang tak boleh tahan bila kawan-kawan sekelas masa tu selambe je minum air yang pelbagai warna itu di depan aku. Aku cuba bertahan dengan berkata-kata di dalam hati " ala setakat air aku tak de hal la"...sebab aku memang jarang nak minum air-air manis ni sebab minuman kegemaran aku ialah air kosong..(poyo).

Ketika waktu rehat aku cuba untuk tidak pergi ke kantin kerana aku tahu aku akan mudah tergoda sekiranya aku pergi ke kantin. jadi aku lebih suka lepak kat kelas atau pun kat office abah aku(abah aku punya office dekat dalam sekolah aku, walau pun abah aku bukan guru besar, tapi office dia lebih besar daripada office guru besar...huhuhu) pada perkiraan aku, kalau aku lepak-lepak kat office abah sambil main games mungkin boleh melupakan keinginan aku untuk makan. Kiranya setakat jam 10 pagi itu, puasa aku masih terpelihara.

Bila tengahari aku da mula nak melepet(flat) da. yela da tengahari, bagi kanak-kanak yang masih baru nak belajar puasa ketika waktu persekolahan sudah tentulah keadaan itu sangat kritikal bagiku. Sambil-sambil tunggu abah habis kan keje dia untuk bawak aku balik rumah aku pegi la kat kedai nyonya kat depan sekolah aku tu. Entah kenapa tiba-tiba aku sangat bernafsu nak makan gula-gula kapas. Tanpa berfikir panjang aku terus belik satu paket gula-gula kapas itu walaupun aku memang cukup sedar yang aku sedang berpuasa, aku bercadang mahu memakannya selepas berbuka nanti. Selepas selesai membuat bayaran, aku masukkan gula-gula tu dekat dalam poket baju kurung aku. Masa nak balik tu, abah tanya aku kenapa poket aku kembung? aku beli aper? dia tanya aku tak puasa ker?...aku cakap kat abah aku puasa, aku nak makan benda tu lepas berbuka nanti. Jadi abah pun diam saja. sampai kat rumah aku terus masukkan gula-gula tu kat dalam peti sejuk sebab aku fikir nanti bila aku nak makan time berbuka nanti gula-gula tu mesti da sejuk, masa tu mesti feel giler nak makan benda tu. Aku tengok jam lebih kurang nak dekat pukul 2.lambat lagi nak berbuka....

Mesti korang fikir aku berjaya mengharungi hari tersebut dengan jayanye berdasarkan prestasi separuh hari aku berpuasa setakat ini...

berjaya?....
.
tidak berjaya?...
.
berjaya?
.
.
.
Sesungguhnya aku harus menerima hakikat bahawa aku adalah kanak-kanak yang masih terlalu muda untuk mengawal nafsu. Lepas aku letak gula-gula tu dekat dalam peti ais, setiap minit aku akan melihat jam juga memerhati keadaan sekeliling kalau-kalau ader orang yang pegi kat peti ais tu curi aku punya gula-gula. Aku rasa lama sangat nak tunggu waktu berbuka. Aku dah tak boleh tahan lagi, lepas jer abah aku masuk bilik air, aku pegi dekat peti ais. Sampai dekat depan peti ais, aku toleh kiri, toleh kanan-----line clear...huhuhu...aku riang.

Aku buka pintu peti ais tu, aku cepat-cepat buka plastik gula-gula tu, kemudian aku cubit sikit dan cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. MANISNYA!!!!aku bukanlah peminat benda-benda manis ni, tapi disebabkan nafsu yang tak dapat dibendung ketika itu aku telah menggadaikan puasa aku. Masa nak makan tu memang aku rasa bersalah, tapi masa tu aku fikir, aku masih kecil, nanti dah besar aku taubat la...boleh? aku fikir macam tu masa kecil. Lepas tu aku rasa sangat menyesal sebab aku makan secubit jer. Lepas tu aku tak nak dah, bagi kat adik aku. melayang 20 sen aku..

Bila time raya aku terkenang balik time aku curi-curi makan tu. Rasa geram jer sebab benda tu puasa aku tak penuh tahun tu..huhuhuhu..T_T

Aku insaf...tak nak dah curi makan...

Sunday, August 9, 2009

Kenapa lu suka sangat "cuci tangan"??

Setiap pagi sebelum pegi keje aku akan menonton berita pagi kat TV3. Setiap kali sebelum berita tu habis mesti ader pesanan, suruh cuci tangan setiap kali lepas sentuh tempat awam. Tapi aku ader isu ngan sorang apek kat tempat kerja aku ni. Dia tersangat la suka men"cuci tangan". Bukan la cuci tangan seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan itu, tapi selalu tak nak mengaku bila da buat salah. Sangat tak boleh di maafkan. Aku memang ader masalah ngan apek ni. Mula-mula dia hilangkan endorsement form aku, lepas tu tak nak mengaku. Macam hampeh saje aku kena blame sorang-sorang. Sejak dari tu aku tak der da nak mintak tolong ker, buat kerja aku ker atau sebaliknyer. Tiba-tiba satu hari boleh plak apek ni buat hal lagi, dia pandai-pandai update batching. Pastu tulis benda salah plak tu, bila aku tanya tak nak mengaku. “Cuci tangan” jer keje lu kan apek. Siap boleh blame aku balik plak tu. Sangat tak bleh blah la perangai lu. Kalau suka sangat “cuci tangan” lain kali jangan la nak memandai. Sekali aku tunjuk bukti yang memang dia buat salah tu, tau plak diam. Ingat aku ni aper? sedap-sedap jer ko nak letak salah ko tu atas aku. Lu buat salah, lu tanggung sendiri. Jangan nak suka-suka "cuci tangan" buat-buat tak tahu pulak.



p/s: Sila cuci tangan selepas menyentuh tempat-tempat yang kotor.