Sunday, August 9, 2009

Kenapa lu suka sangat "cuci tangan"??

Setiap pagi sebelum pegi keje aku akan menonton berita pagi kat TV3. Setiap kali sebelum berita tu habis mesti ader pesanan, suruh cuci tangan setiap kali lepas sentuh tempat awam. Tapi aku ader isu ngan sorang apek kat tempat kerja aku ni. Dia tersangat la suka men"cuci tangan". Bukan la cuci tangan seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan itu, tapi selalu tak nak mengaku bila da buat salah. Sangat tak boleh di maafkan. Aku memang ader masalah ngan apek ni. Mula-mula dia hilangkan endorsement form aku, lepas tu tak nak mengaku. Macam hampeh saje aku kena blame sorang-sorang. Sejak dari tu aku tak der da nak mintak tolong ker, buat kerja aku ker atau sebaliknyer. Tiba-tiba satu hari boleh plak apek ni buat hal lagi, dia pandai-pandai update batching. Pastu tulis benda salah plak tu, bila aku tanya tak nak mengaku. “Cuci tangan” jer keje lu kan apek. Siap boleh blame aku balik plak tu. Sangat tak bleh blah la perangai lu. Kalau suka sangat “cuci tangan” lain kali jangan la nak memandai. Sekali aku tunjuk bukti yang memang dia buat salah tu, tau plak diam. Ingat aku ni aper? sedap-sedap jer ko nak letak salah ko tu atas aku. Lu buat salah, lu tanggung sendiri. Jangan nak suka-suka "cuci tangan" buat-buat tak tahu pulak.



p/s: Sila cuci tangan selepas menyentuh tempat-tempat yang kotor.

No comments:

Post a Comment